Hai Lah Menantu, Cerekarama TV3


Imran ialah seorang lelaki yang hampir mempunyai segalanya, kecuali seorang teman wanita mahupun isteri. Oleh sebab itu, Imran sering mengharapkan ibunya, Puan Seroja untuk menjaga kebajikannya. Puan Seroja yang selalu bersabar dan melayan kerenah anaknya tiba-tiba mendapat idea untuk mencarikan Imran pasangan hidup semasa Imran ke luar negeri atas urusan kerja.